My Qiraat

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga pada Allah s.w.t atas keizinan dan rahmatNya, Kelas Al Quran Ideal berjaya mengeluarkan satu lagi produknya sendiri iaitu buku bacaan My Qiraat.

Lahirnya My Qiraat ini adalah untuk memudahkan anak-anak didik kami mengatasi permasalahan dan kelemahan mereka ketika membaca Al quran terutamanya diperingkat permulaan.

Sebelum terbitnya My Qiraat ini, kajian demi kajian telah banyak dilakukan ke atas buku bacaan yang hampir sama dengannya. Segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada buku-buku tersebut kami perbaiki dan lakukan beberapa pengubahsuaian untuk menjadikan My Qiraat ini antara yang sesuai waktu ini.

Namun begitu, kami sentiasa mencari kaedah yang terbaik dari hari ke hari untuk memantapkan My Qiraat ini. Oleh itu, segala idea-idea bernas demi memantapkan kaedah bacaan ini amat kami alu-alukan. Kami juga dengan berbesar hati menerima segala teguran yang membina demi menjadikan My qiraat lebih efisyen dan sesuai dari masa ke semasa.

Akhir kata dari kami, moga dengan terbitnya buku bacaan My Qiraat ini dapat membantu semua pihak tanpa mengenal dan mengukur peringkat umur sebagai langkah permulaan untuk mencintai Kalamullah.

In Sha Allah

Al muallimun

Kelas Al-Quran Ideal

Kuala Lumpur

 

KAEDAH YANG DIGUNAKAN ( My Qiraat 1 )

Mengenal Huruf Hija`iyah

Pelajar-pelajar didedahkan untuk mengenal huruf-huruf Al Quran tanpa baris terlebih dahulu ataupun lebih dikenali sebagai huruf-huruf Hijai`yah.
Kenal Baris

Baris Atas / Baris Bawah / Baris Depan dikategorikan dalam pelajaran Kenal Baris.
Asas Tajwid

Diperingkat yang seterusnya pelajar-pelajar akan didedahkan dengan huruf-huruf Qalqalah / Idgham /Asas-asas tajwid.
Pengenalan nombor-nombor bahasa arab

Pelajar-pelajar akan di dedahkan kepada asas-asas nombor bahasa arab untuk memudahkan mereka mengenal muka surat @ mengenal nombor ayat di dalam Al-Quran.
Tanwin @ Baris Dua

Pengenalan awal kepada bacaan Izhar @ tanwin yang jelas. Bentuk tanwin dalam Al Quran
Al mad wa ghaira Mad

Pendedahan awal kepada bacaan Mad yang perlu dipanjangkan & bacaan yang tidak perlu dipanjangkan. Di tulis dengan beberapa contoh mudah agar mudah difahami.