Sejarah Penubuhan

Kelas Al Quran Ideal bermula dari sebuah pusat pembelajaran Al Quran yang beroperasi di rumah kediaman secara persendirian. Ianya diasaskan oleh Allahyarham tuan guru hj. Ibrahim juga isterinya Hajjah Rahimah sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Meneruskan usaha murni tersebut, satu transformasi baru telah dilakukan oleh cucu kepada pengasas iaitu ustaz Haji Aidil Fadzli bin Mesran – Al Hafiz tanpa mengabaikan beberapa elemen warisan dalam menyampaikan ilmu Al – Quran.

Usaha transformasi ini bermula dari silibus pembelajaran yang dikemas kini hinggalah kepada infrastruktur bangunan yang di permodenkan dengan reka bentuk terkini.Usaha transformasi ini belum lagi berakhir, ianya akan terus dipantau dari masa ke semasa semata-mata untuk memenuhi kehendak zaman kontemporari juga merangsang minat generasi hari ini supaya terus mendalami dan mendampingi Al Quran.

Kami di Kelas Al-quran Ideal sentiasa beriltizam untuk terus memperbaiki segala kelemahan dan komited dalam usaha penambahbaikan demi melahirkan generasi al quran profesional di dunia, berkualiti di akhirat .Usaha kerdil ini juga adalah untuk mempraktikkan sabda nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud “sebaik-baik golongan diantara kamu adalah mereka yang belajar dan mengajarkan Al-Qur`an.” .