Syarat & Peraturan Pendaftaran

SYARAT DAN PERATURAN KELAS AL-QURAN IDEAL

  1. Pakaian rasmi : ( Lelaki) Baju Melayu / songkok / kopiah / vest
    : ( Perempuan) Baju Kurung / tudung / vest
  2. Pastikan kehadiran anak tuan/puan mengikut sesi yang dipersetujui.
  3. Tidak makan dan minum ketika di dalam kelas kecuali atas sebab-sebab tertentu.
  4. Kad Yuran, Buku Rekod Bacaan Qiraati & Al-Quran hendaklah dijaga dengan baik, kemas dan tidak diconteng. Sekiranya hilang bayaran akan dikenakan bagi setiap penggantian. Jika diminta untuk menandatangani Buku Rekod Bacaan, mohon mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak tuan/puan.
  5. Ibu/Bapa/Penjaga sangat dialu-alukan menghubungi pihak Pengurusan Kelas Al-Quran Ideal untuk mengetahui prestasi anak-anak dari semasa ke semasa.
  6. Sila maklumkan kepada Pihak Pengurusan Kelas Al-Quran Ideal terlebih dahulu sekiranya anak anda tidak dapat hadir ke kelas lebih daripada dua minggu. Kegagalan anda berbuat demikian menyebabkan anak anda diberhentikan serta merta.
  7. Yuran adalah secara bulanan walaupun pelajar tidak hadir selama sebulan, yuran haruslah dijelaskan. Yuran hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 10hb setiap bulan.
  8. Berhenti tanpa memaklumkan kepada Pihak Pengurusan Kelas Al-Quran Ideal amatlah dikesali. Namun, berhenti dengan bayaran yuran yang tertunggak, adalah lebih dikesali.
  9. Kegagalan anda menjelaskan semua yuran yang tertunggak tersebut merupakan hutang yang tertanggung di atas tanggungjawab tuan/puan sendiri.

Pihak Pengurusan Kelas Al-Quran Ideal sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar dari pihak tuan/puan demi kebaikan bersama.

HUBUNGI KAMI: 019- 2828452/03 61778515

Dengan ini saya bersetuju dengan syarat & peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Kelas Al-Quran Ideal dan akan mengambil sepenuh tanggungjawab di atas apa yang telah dipersetujui.

butangdaftar